Saturday, May 14, 2011

Pengorbanan Ibu Tidak Terbalas


MARTABAT ibu begitu tinggi dan yang kedua selepas mentaati Allah berdasarkan susunan keutamaan yang ditegaskan di dalam al-Quran.

Ibu menanggung kesakitan dengan penuh sabar sejak kita berada dalam kandungannya lagi. Selepas melahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang.


CIUM...dakap dan beri kucupan mesra setiap kali bertemu ibu. - Gambar hiasan
Cium & Dakapilah Ibumu


Tanggungjawab ibu yang dianugerahkan Allah untuk mengandung dan melahirkan anak tidak mampu dipikul mana-mana lelaki di dunia ini.

Ibnu Umar menyatakan tiada apa dapat tebus jasa mereka sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan. Amat malang kepada mereka yang pernah melawan dan mengasari sama ada percakapan atau perbuatan terhadap ibu mereka.


Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara kedua-duanya sudah tua atau kedua-duanya sekali, janganlah kamu katakan ‘cis’ kepada merekaa dan janganlah kamu herdik kedua-duanya serta ucapkanlah perkataan yang mulia (lemah lembut).” (Surah al-Israak ayat 23).