Tuesday, January 10, 2012

RESUME

RESUME


ZATUN NITHAQIN BT NASSRUDDIN
IC

LOT 16579,
KG SUNGAI BELAT,
KM11, JLN PEKAN,
25150 KUANTAN,
PAHANG DARUL MAKMUR.



LATAR BELAKANG PERIBADI

UMUR                                    :           22 TAHUN
TARIKH LAHIR                    :           8 JUN 1990
STATUS                                 :           BUJANG
BANGSA                               :           MELAYU
AGAMA                                 :           ISLAM
WARGANEGARA                 :           MALAYSIA


PERHUBUNGAN

NO. TEL                                 :           --------------- (H/P)
E-MAIL                                  :           Bie_muslimahkipsas@yahoo.com


LATAR BELAKANG PELAJARAN

1.      Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)
Diploma Pengajian Islam
(Pengkhususan Bahasa Arab Dan Tamadun Islam)
2008 - 2011
CGPA 3.76

2.      SEKOLAH MENENGAH AGAMA AL-IHSAN
ALIRAN SAINS
2003-2007

KEMAHIRAN BAHASA

Bahasa                                    Pertuturan                             Penulisan
Bahasa Malaysia                     Fasih                                         Baik
Bahasa  Arab                          Baik                                          Baik
Bahasa Inggeris                       Baik                                          Baik

KEMAHIRAN KOMPUTER
Berkemahiran

AKTIVITI KO-KURIKULUM

SUKAN
1.      Kejohanan Taekwondo (ITF) Tertutup KIPSAS 2009
2.      Kejohanan Sukan  Mempertahankan Diri Kebangsaan
3.      Pertandingan Bola Tampar KIPSAS
4.      Pertandingan Badminton KIPSAS
5.      Pertandingan Bola Tampar SMA al-Ihsan (Peringkat Zon)

PERSATUAN/ KELAB (JAWATAN)

  1. Naib Pengerusi Sekeretatiat Kerohanian Kolej 15 Universiti Putra Malaysia
  2. Setiausaha Kelab Taekwondo KIPSAS
  3. Ahli Sekretariat Kebajikan UPM
  4. Ahli Sekretariat Sukan UPM
  5. Ahli Kelab Fasilitator Group Kipsas
  6. Ahli Persatuan Puteri Islam SMA al-Ihsan
  7. Ahli Persatuan Kelab Astronomi SMA al-Ihsan
  8. Ahli Persatuan Kelab Bahasa Inggeris SMA al-Ihsan

KURSUS-KURSUS DAN PENYERTAAN PERTANDINGAN
  1. Seminar Zakat KIPSAS                         
  2. Seminar Perbandingan Agama di KIPSAS
  3. Kursus Pengurusan Jenazah di KIPSAS
  4. Kem Pemantapan Ibadah di SMA Al-Ihsan 
  5. Kem Bahasa Arab                                                  
  6. Pertandingan Debat Bahasa Arab di KIPSAS
  7. Pertandingan Khat MAKUM 2011(Naib johan)

SUMBANGAN

  1. Khidmat Sosial di Sekolah Menengah Agama Al-Irsyad, Kuantan, Pahang
  2. Program Derma Darah Universiti Putra Malaysia
  3. Program Derma Darah Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS)
  4. Fasilitator Mukhayyam Arabiy SMA Bukit Ibam 2010       
  5. Fasilitator Mukhayyam Arabiy SMK Pulau Tawar 2011
  6. Program Sukarelawan di Zoo Negara Malaysia (4 kali)

PENGALAMAN BEKERJA
  1. Officer di Zoo Negara Malaysia (Education Department)
          22 November 2010 – 11 Mac 2011


Saturday, May 14, 2011

Pengorbanan Ibu Tidak Terbalas


MARTABAT ibu begitu tinggi dan yang kedua selepas mentaati Allah berdasarkan susunan keutamaan yang ditegaskan di dalam al-Quran.

Ibu menanggung kesakitan dengan penuh sabar sejak kita berada dalam kandungannya lagi. Selepas melahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang.


CIUM...dakap dan beri kucupan mesra setiap kali bertemu ibu. - Gambar hiasan
Cium & Dakapilah Ibumu


Tanggungjawab ibu yang dianugerahkan Allah untuk mengandung dan melahirkan anak tidak mampu dipikul mana-mana lelaki di dunia ini.

Ibnu Umar menyatakan tiada apa dapat tebus jasa mereka sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan. Amat malang kepada mereka yang pernah melawan dan mengasari sama ada percakapan atau perbuatan terhadap ibu mereka.


Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya janganlah kamu sembah kecuali Dia dan berbuat baiklah kepada ibu bapa. Jika seorang di antara kedua-duanya sudah tua atau kedua-duanya sekali, janganlah kamu katakan ‘cis’ kepada merekaa dan janganlah kamu herdik kedua-duanya serta ucapkanlah perkataan yang mulia (lemah lembut).” (Surah al-Israak ayat 23).

Wednesday, April 13, 2011

تقرير التدريب المدني في حديقة الحيوان الوطنية ( Laporan latihan industri di Zoo Negara Malaysia )



تقرير التدريب المدني في حديقة الحيوان الوطنية
ذات النطاقين بنت نصرالدين
PID ٠۸٠٦٧
قسم اللغة العربية والحضارة الإسلامية
كلية بهانج الإسلامية السلطان أحمد شاه



تقرير التدريب المدني
ذات النطاقين بنت نصرالدين
PID ٠۸٠٦٧

قسم اللغة العربية والحضارة الإسلامية
كلية بهانج الإسلامية السلطان أحمد شاه

يقدم تقرير التدريب المدني لكلية بهانج الإسلامية السلطان أحمد شاه
لملء الشروط للحصول على
 دبلوم اللغة العربية والحضارة الإسلامية


الفهرس



التقرير........................................................................I
الإهداء......................................................................II
التلخيص....................................................................IV


الباب الأول –المقدمة عن المنظمة
١،١) نبذة عامة عن المنظمة........................................١
٢،١) أهداف المنظمة..............................................٥
٣،١) إنجاز المنظمة................................................٦
٤،١) نبذة عامة عن قسم التعليم....................................٧


الباب الثاني - الأدوار التي تقام بها الكاتبة
١،٢) الوظيفة التي تقام بها الكاتبة..................................١٠
٢،٢) مهارات جديدة المكتسبة.....................................٢٠


الباب الثالث - المشكلات الموجهة وأساليب حلولها
١،٣) المشكلات الموجهة طوال التدريب المدني........................٢٢
٢،٣ ) أساليب حلولها ............................................٢٥


الباب الرابع – الخاتمة والاقتراحات
                ١،٤) الخاتمة.....................................................٢٧
                ٢،٤) الاقتراحات.................................................٢٩


قائمة المراجع.................................................................٣٢
الملحق-
               ١) النص لحصة قصيرة في برنامج للمتطوعين...........................٣٥
               ٢) كتابة مذكرة للمتطوعين..........................................٣٦
               ٣) حصة التعليمات القصيرة إلى المتطوعين.............................٣٧
               ٤) الجولة.........................................................٣٨
               ٥) عمل الترجمة....................................................٣٩
       

Tuesday, March 1, 2011

RATUKU...

Ratuku….
Inginku luahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan…
Tentang kebimbanganku ini…
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran….
Dipetik tangan-tangan bernafsu serakah…

Ratuku..
Kebimbanganku ini masih menebal..
Apabila kudengar dengungan kumbang perosak..
Yang cuba menyedut madumu..
Walaupun tanpa relamu..

Sunday, February 27, 2011

Memburu Cinta al-Khaliq

Dunia hari ini tidaklah keterlaluan jika ia disifatkan sebagai dunia yang liar atau asing. Liar dan asing kerana ia tampak begitu berjaya mengasingkan rasa kasih dan cinta kepada al-Khaliq dari benak hati manusia hingga tidak lagi gemar berjinak-jinak dengan Allah SWT.

Akhirnya, segala bentuk cinta dunia yang bersifat sementara pantas mengambil alih takhta di hati manusia. Sehingga cinta palsu menyumbang kepada segala kejahatan dan kerosakan di muka bumi.


Dalam mengingatkan kita mengenai fenomena ini, Sheikh Abu Madyan r.a ada menyatakan yang bermaksud: “Barang siapa yang sibuk dengan tuntutannya terhadap dunia, nescaya dibalakan dengan kehinaan di dalamnya”. (Lata’if al Minan fi Syarh Hikam Abi Madyan).



Maka di antara bentuk kehinaan itu ialah dipalingkan hati dari merasakan dirinya mendapat bahagian cinta dari Allah SWT dan menyebabkan hilangnya rasa baik sangka terhadap-Nya.

Namun, sejauh manapun manusia itu memalingkan hatinya dari mengingati Pencipta-Nya, tetap jua Pencipta itu mencurahkan belas rahmat, ihsan dan kasih-Nya yang tidak berbelah bahagi. Walaupun pada setiap saat dan waktu hamba-hamba-Nya berterusan melakukan maksiat dan mengingkari suruhan-Nya.



Hal ini, menunjukkan kehebatan dan kebesaran kasih dan cinta Allah SWT terhadap kita semua!!



Friday, February 25, 2011

Muhasabah Diri, Pasti Kau Temui


Bercita-citalah kamu wahai wanita....










  Berusahala kamu mengejar syurga...

                                                   




jadikan dirimu kekasih Allah...



 













Pasti kau temui...

Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga




Wanita solehah tidak boleh sembarangan mencintai lelaki. Lelaki yang paling wajar dicintai oleh wanita solehah ialah Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW adalah pembela nasib kaum wanita. Baginda telah mengangkat martabat kaum wanita daripada diperlakukan dengan kehinaan pada zaman jahiliyah, khususnya oleh kaum lelaki


Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW juga berjaya menyempurnakan budi pekerti kaum lelaki. Ini membawa keuntungan kepada kaum wanita kerana mereka mendapat kebebasan dalam kawalan dan perlindungan keselamatan oleh kaum lelaki. Iaitu dengan mengikuti ajaran Nabi Muhammad SAW menjadikan bapa atau suami mereka berbuat baik dan bertanggungjawab ke atas keluarganya. Demikian juga dengan kedatangan Rasulullah SAW telah menjadikan anak-anak tidak lupa untuk berbakti kepada ibu mereka, cthnya seperti Uwais Al-Qarni.


Salah satu tanda kasih Baginda SAW terhadap kaum wanita ialah dengan berpesan kepada kaum lelaki agar berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga mereka. Rasulullah SAW sendiri menjadikan diri dan keluarga baginda suri teladan kepada kaum lelaki untuk bagaimana berbuat baik dan memuliakan kaum wanita.


Rasulullah SAW bersabda,


“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan yang berbuat baik kepada ahli keluarganya.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)


Lagi sabda Rasulullah SAW,


“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)


Tapi betul ke wanita solehah itu lebih baik daripada bidadari syurga?