Tuesday, March 1, 2011

RATUKU...

Ratuku….
Inginku luahkan apa yang sudah lama ingin kuluahkan…
Tentang kebimbanganku ini…
Tatkala melihat bunga-bunga berguguran….
Dipetik tangan-tangan bernafsu serakah…

Ratuku..
Kebimbanganku ini masih menebal..
Apabila kudengar dengungan kumbang perosak..
Yang cuba menyedut madumu..
Walaupun tanpa relamu..


Ratuku…
Kebimbanganku bertambah lagi…
Bila kumelihat bunga yang tidak segan silu..
Melampiaskan kecantikannya…
Ketika sedang mekar…
Melupakan kuntuman yang sebelum ini melindunginya..

Ratuku..
Aku masih terpinga-pinga..
Masih wujudkan lagi ratu idaman hatiku…
Kerana apa yang kulihat hari ini…
Semakin banyak bunga-bunga gugur..
Bagaikan tibanya musim luruh…

Ratuku…
Bukanlah kuharap kau segigih Siti Hawa…
Yang berlari-lari antara safa dan marwa…
Bukan juga sesetia Ainul Mardhiah…
Menanti kekasih di pintu syurga…

Ratuku…
Aku bukanlah memandang kecantikanmu…
Walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya..
Tapi bukan itu yang kuharapkan…

Ratuku…
Akuilah hakikat yang tersurat..
Engkau bukanlah Siti Khadijah…
Mahupun Siti Fatimah…
Engkau bukan Aisyah…
Bukan juga Rabiatul Adawiyah…
Wanita suci terpuji…
Kerana aku tidak layak berharap sedemikian rupa….
Cukuplah sekadar kau cuba mencontohi bunga-bunga itu…
Kembang mear mewangi…
Sehingga harumannya melewati pintu2 syurga…
Jangan kau risau ratuku…
Kadangkala musim berganti…
Sehingga bunga tidak dapat berkembang mekar…
Tapi itu hanya ujian buatmu…

Ratuku…
Esok musim bunga berkembang lagi…
Cuma yang aku harapkan ketika itu..
Kau jaga kelopakmu itu…
Jangan sampai tangan-tangan kasar memetikmu lagi…
Jangan kau menggoda kumbang-kumbang perosak menghisap madumu lagi…
Kerana engkaulah ratu idaman hatiku…

1 comment:

  1. ratuku..
    aku berjanji menjadi pemelihara kelopak2 bungamu..
    dalam panas hujan dan ribut petir..
    aku tetap akan melindungimu..
    aku harapkan kuntummu terus mekar kembang..
    mendoakan aku menjadi penjagamu selamanya..
    kerana Allah

    ReplyDelete